Tuesday, 16 October 2012

MOTIVASI

Muamalah Islam Itu Indah …. Dan Keindahannya  Akan Hanya Dapat Dirasai Di Saat Apabila Kita Mampu Merasakan Dan Memahami Semua Rasa Yang Tertulis Dalam Pemikiran Kita Yang Luas Dan Yang Tak Mampu Terbayar Oleh Segunung Emas, Setumpuk Intan Permata Yang Ada Di Dasar Jurang Atau Berjuta Berlian Yang Terhampar Di Lautan Dan Samudera". (Hambali Ibnu Ranim)-He_D.
MUAMALAH ISLAM , WADAH PEMBANGUNAN UMMAH

Thursday, 17 May 2012

INDAHNYA UJIAN ALLAH


Lihatlah ke belakang untuk mengambil pengajaran,
Lihatlah ke hadapan untuk melangkah dengan penuh keyakinan,
Lihatlah ke dalam hati mu untuk muhasabah diri dengan penuh keinsafan.

 
Pengajaran  :
Dalam setiap pengalaman yang pahit itu tersimpan hikmah yang manis.


Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Tuesday, 15 May 2012

AMALAN HARIAN YANG PERLU DIJAGA SECARA ISTIQAMAh


1.     SOLAT TAHAJUD

di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2.     SELEPAS SUBUH
 

Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.